Saturday, October 9

letting yourself go..

 

Sometimes you may feel like you owe yourself to just letting yourself go once in a while. At least not often but occasionally maybe? Ok maybe that's not a very good advice -___-


the clock is ticking..



let's get the job done!


Have a nice weekend everyone~~



Friday, October 8

tetamu dari sheffield,..mari berseronok


Setelah pulang dari Hannover untuk berehat, terus bergegas semula ke Berlin untuk meneyelesaikan beberapa agenda yang masih belum selesai. Agenda yang paling seronok mestilah menyambut tetamu dari Sheffield. Agenda yang kurang seronok pun ada juga tapi nanti baru cerita sebab baiklah mulakan cerita dengan agenda berseronok seronok yang pasti semua pun suka. 
 
Mari mulakan dengan agenda berseronok 1, iaitu melawat sekitar Berlin. Walaupun sudah melawat berpuluh kali, tapi tetap seronok. 


Tetamu dari sheffield...Bukan yang tepi, yang tengah tu.


Alhamdulillah tetamu tak banyak kerenah, bawak melawat batu pun seronok.


Tuan rumah nak juga masuk dalam gambar sampai sanggup bersusah payah panjat batu letak camera kat tempat tinggi


 Kalau nak kuat macam ni, boleh minum HERBALIFE..


 seronok sampai tak nampak mata -___-


at chechkpoint charlie




 Entri di akhiri dengan gambar puas hati oleh tetamu. 
Datanglah Berlin untuk dapatkan cop sampai penuh satu passport


Agenda berseronok yang kedua adalah melawat Berlin designer oulet. Tetapi perlu berhenti di sini dulu untuk mengalihkan perhatian kepada project presentation iaitu agenda yang kurang seronok. Seronok juga yang ini tapi taklah seseronok mana.



Friday, October 1

Alhamdulillah, terima kasih..


Jika namanya masih lagi seorang manusia, tidak dapat tidak pasti ada sekelumit perasaan yang tidak pernah rasa cukup. Rezeki di depan mata jarang sekali untuk bersyukur, yang belum dapat di kejar kejar bagaikan hidup tiada penghujung. Pada hakikatnya, bila hati jauh dari mengingati Allah, kurang mengingati mati, dunialah yang akan beraja di jiwa. Sehinggakan kita menilai hidup ini berdasarkan kerja dunia. Berdasarkan hasil materi. Kerana untuk itukah kita hidup di dunia ini sehingga maksud hidup kita jadi kecil sangat...


Firman ALLAH S.W.T, sama samalah kita renungkan maksudnya:
Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. 
(Surah Al-Baqarah: Ayat 34)


***
Eh sebenarnya nak sampaikan pesanan daripada ayahanda dan bonda di Malaysia. Mereka sampaikan salam dan terima kasih banyak banyak sebab menjaga saya di sini T____T


 Terima kasih buat...


 Keluarga yang kau sebut saja nak makan apa, pasti ada, kalau datang pasti di sambut meriah dan ada sajalah hadiah tiba tiba daripada kanak kanak itu
Terima kasih buat abg aziz dan Kak Hasmah sekeluarga yang bawa kami pergi zoo, eh ke situ pulak -__-


Terima kasih juga buat keluarga ini yang datang saja bila bila masa tak perlu tanya lagi dah kalau nak datang,
"Nah Najib simpan kunci spare rumah ni, senang nanti kalau nak datang" sampai macam tu sekali..


Thanks kepada Krankenbruder, jururawat peribadi aka sang suami yang menjaga siang dan malam.
apa lagi yang kau nak emy, ini pun salah satu nikmat yang perlu di syukuri..oklah sampai sini dulu nanti jumpa lagi ok..





Sunday, September 19

Munchen part 2

Biarkan gambar berkata kata.











































Panas suam suam kuku macam ni rugi tak jemur baju. Selalunya mesti menagih simpati pada heater. Nak harapkan dryer laundry room kat bawah macam hidup segan mati tak mahu. Lepas dry pun masih boleh di perah dengan tangan.




Saturday, September 18

Munchen part 1

Ini cerita lama, Ramadhan yang lepas.
Tapi dah lama nak cerita cuma masa terlalu mencemburui kita -__-



@ Berlin Hbf, sekitar jam 3 pagi kalau tak silap. Kalau silap tak mengapa, abaikan. Boleh scroll ke bawah untuk gambar gambar yang lebih pasti.



Memilih city night line train dengan kata lain akan mendapat tidur yang cukup sehinggalah sampai ke destinasi. Cuma tak adalah tilam yang empuk. Selimut boleh bawa sendiri bantal tak payah bawa tu over.



Sementara tunggu next train, berhenti sahur di kedai roti.



belagak takmau makan roti sebab nak makan nasi



Tidur lengkap. Makan Lengkap. Memang perjalanan yang lengkap.



Muka bahagia di tiup angin terhasil bila semua kelengkapan mencukupi  =___-



sampai munchen terus ambil bus tour..HOHO hop on hop off




i'm off  now for laundry overload rescue...and might join the anti nuclear power parade later..
stay tuned for part 2 and more updates..

wish u a wonderful saturday!



Saturday, September 4

hujan itu rahmat

Selepas beberapa minggu meninggalkan dunia membeli belah sampai tak boleh belah pembaziran, hari ni punyalah bertekad goda sang suami ajak pegi city. Sang suami pun terus bersetuju dengan cadangan bernas isteri cerdik dan solehah ~untuk berjalan ambil angin di city. Tanpa membuang masa terus berlari lari anak ke dapur unutk menyiapkan juadah berbuka dengan lebih awal, supaya balik dari city nanti tak perlulah terbawa bawa ke kedai Ya Karim.

Setelah selesai kerja kerja di dapur, terus bersiap siap untuk mengerjakan kerja kerja di city pula. Malang sekali nasib tak menyebelahi aku, hujan turun mencurah curah. Aku PASRAH.



Berbuka pun lambat lagi. Sabar jelah -__-



3 hari berturut turut najib nak makan paprik 


terlajak perahu boleh di undur terlajak letak rempah sup jadi macam kurma


Lepas ni kena beli raincoat senang kalau hujan sebab menangguh kerja itu tak bagus, tambah tambah menangguh untuk ke city T___T