Thursday, March 1

Maryam oh maryam

Sebelum si kecil Maryam bangun Dan berkicau satu rumah sempat lagi Mummy blogging. Masa dia tidur ni lah nak buat apa apa pun. Kalau bangun pagi pun nak berjemaah sekali dengan Maryam errr...susah susah haha :)



Masa ni umur Maryam baru 2 minggu...Sekarang dah 6 bulan Alhamdulillah membesar dengan sihat..



Monday, August 29

Eid Mubarak!!!


Bila due date  31 Ogos..perasaan nak beraya pun dah ke laut..baju raya pun dah konfius nak beli yang ikut bentuk badan sendiri ke nak ikut bentuk badan baby dalam perut sekali..amboi diaa..macamlah lepas bersalin boleh terus kurus mcam ratu kebaya memang mimpi la macamtu..


kalau dulu boleh pegi membilang handbag mana nak beli
tapi kali ini perasaan itu lebih kepada membilang baju anak dalam hospital bag dah cukup ke belum..




manusia yang paling happy sebab bini dah kurang ajak keluar pegi shopping

apa pun, selamat berhari raya buat semua
dan Maaf Zahir Batin..
=)



Tuesday, August 16

cerewet

Dear baby,

Dah banyak kali mommy pegi survey moses basket/baby cot tapi tak ada yang berkenan di hati. Kalau ada yang berkenan pun harga pula yang macam tak masuk akal. Jadi terpaksalah buat sendiri untuk memuaskan hati dan menjimatkan perbelanjaan kita sekeluarga ^_^



before makeover...
moses basket tak sampai rm60
balik rumah tambah fibre dan buat cover lain, cover yang dah ada tu tak cantik




after makeover...
rasa macam dah puas hati sikit sikit 
tapi nampak kosong sangat pulak...



so, buat baby quilt set.. 



here we go


haaa..macam ni baru puas hati dan tido lena T___T


Jutaan terima kasih buat mak tok yang banyak menghulurkan bantuan


p/s: dah macam katil orang nak menikah pulak mak kate ahahahaha...



Saturday, August 13

hello there!



it's been soooooo long
but we're almost there
i just can't wait to meet you...

so far
all i know is..
you like to keep me up at night and give me heart burn



i just can't wait to tickle your tiny toes :)

-xoxo-
your mummy @ 37weeks



Thursday, July 14

macam mana tak rindu














lastly..



posing sexy
hai maksu!!!




Wednesday, June 8

yeayyy

Finally i'm back...


;)




Sunday, January 2

HE never left you alone



Why did you keep burden inside you when you have Allah to tell it to?
Why did you fear everyone might hate you when you have Him who understand you?


He was with you all along
He was tapping your shoulder when you almost wanted to stop
He was putting a smile on your face when you almost wanted to give up





thanx atie!



Friday, December 31

recycling and how to get your money back

This is what they call pfand in Germany or in other words deposits on plastic bottle atau bahasa susahnya ialah container plastic legislation. It was implemented in 1st Jan 2003 here in Germany.

Malaysia bila lagi?


Apa yang pengguna perlu buat?Caranya sungguh mudah


cuma perlu isikan botol botol kosong ke dalam beg 
 pastikan bawa isteri bersama supaya boleh tolong ambil gambar


Kemudian boleh membawa botol botol dan juga isteri isteri ke supermarket berhampiran kediaman. Tak perlu pergi jauh, bukan apa bimbang terbawa botol ke city pula. Susah nanti. Isteri tak susah, botol pun tak susah..suami la yang susah, bukan apa susah hati pula dia nanti. Semalam dah pergi, takkan hari ni nak pergi lagi. Cukuplah seminggu sekali.

 

this machine can normally be found at local store..
dan balingan pun di buat dengan penuh pengharapan supaya dapat pulangan yang lumayan sambil hati berbisik kamilah pencinta alam sekitar lol T_____T



nampak tak?
botol pun kelihatan bahagia kembali ke tempat asal



tekan pfand untuk dapatkan duit, tapi kalau nak buat amal jariah boleh sedekahkan saja dengan menekan butang spende eh jangan engat ke lain pulak..spende tu maksudnya derma =p




hari ni kami berhajat ingin membeli sedikit barang keperluan jadi tidaklah kami menekan butang spende
kat Malaysia apa yang kita boleh beli dengan nilai kurang dari 5 hengget?



resit tadi boleh di guna untuk membeli barang barang


kalau kat Malaysia ada sistem macam ni, inshaAllah alam sekitar akan lebih terpelihara





Selamat Tahun Baru buat semua!
gtg ada kerja yang perlu di bereskan


=))

c ya next year!!



Tuesday, December 21

you are my mirror shining back at me

Every time I look at the mirror I see them
No matter where I go what I do I bring them with me
They are my witnesses who see me at my worst and my best






I love you
I thank you




O Allah, to you I leave all matters



Monday, December 20

there is nothing easier than cooking on the grill

Kalau winter mesti lapar dan kalau lapar tu mesti winter, memang tak boleh lari dari kenyataan. lari dari makanan lagila tak boleh. Lepastu boleh pulak buat buat tanya kenapa tak berapa nak kurus. Bukan tanak diet tapi penimbang takde. Takpelah redha je dulu lepas habis winter baru pegi beli penimbang


Sekarang boleh pegi masuk dapur dulu..



ingredients:
*honey
*lemon juice
*pinch of salt
*herbs mix (my magic ingredient lol)



tengok kat facebook kak su kate sedap terus beli
kalau tak dapat nak pegi beli kat turki macam kak su,
boleh dapatkan kat kedai turki dengan harga 1euro satu paket
memang magic rempah ni, tak rugi beli dan rugi kalau tak beli




macam tak sesuai je kalau nak cakap experimenting padahal guna rempah ready made macam ni selalunya mesti sedap, tak kesah la tangan bedung ke tak inshaAllah jadi
 kalau sang suami insists nak masak pun tak perlu dah risau sebab takkan belapar


now let the grill do its job!






after 15-20 mins..




we both really loved this chicken
*Monday supper*


In Berlin, we've been having so much snow that I ended up either cooking or eating most of the time :)




Saturday, December 18

tiada kata





true fighters will never die, they live in the heart of believers


::dunia kehilangan jiwa yang hebat::




aku yang perasan!

aku memang perasan
perasan sibuk dengan hal hal dunia
banyak masa habis kerana dunia
banyak masa habis dengan bekerja
korban masa untuk akhirat bagaimana pula?
hanya sedikit yang beringat
kadang kadang terlupa
kadang kadang terus hanyut
walau masa kita belum sampai
tetapi...
kematian itu adalah PASTI!



p/s: Innaalillaahi wa inna ilaihi raaji'uun..deepest condolences to the family of Mas Afzal.
Al Fatihah ilaa ruuhi Mas Afzal Masarudin



Monday, December 6

Hijrah minda dan jiwa

sunyi senja dan hujan
duduk aku di bucu meja sambil merenung ke luar jendela
titisan titisan hujan seakan memberitahu
dunia sudah di penghujung
aku takut..

aku takut lupa diri
aku takut lupa Tuhan
aku takut jadi hamba dunia
aku takut terkejarkan perkara yang salah
moga tahun baru ini dapat mengetuk pintu hati
dan memperbaiki diri





Maha suci Allah dan segala puji bagiNya
Salam Maal Hijrah.



Sunday, December 5

diy organza flower



Tepat jam 12 malam dah tak boleh nak lelapkan mata di sebabkan banyak terlelap petang tadi. Walaupun cuaca sejuk yang teramat sangat sejak akhir akhir ni, ianya hanya di rasai pabila keluar dari rumah. Dalam rumah alhamdulillah tak perlu nak khuatir sangat sebab heater panjang besar panas dan menselesakan seperti summer pula di dalam rumah sehinggakan tidur malam perlu bertemankan kipas, nak buka tingkap bimbang snow masuk mencurah curah, terus bangun pagi boleh ajak suami buat snowman dalam rumah.


Tak perlu nak paksa diri kalau tak boleh tidur, boleh cuba paksa diri bangun basuh pinggan kat dapur sebab lepas makan malam tadi malas terlupa nak basuh. Kemudian boleh pergi buat ramai di tepi telinga suami supaya boleh ajak bersembang -___-






Sebelum membuat cubaan tidur sekali lagi, sempat membuat beberapa kuntum bunga sebagai persiapan perkahwinan tidak lama lagi. EH bukan saya yang mahu berkahwin. Buat sedikit sedikit lama lama menjadi banyak. Anda juga boleh lakukannya. Kalau belum mahu berkahwin pun boleh juga nak buat.




apa yang di perlukan seperti gambarajah di atas;
 #organza fabrics berbilang warna
#lilin berbentuk love
#manik manik yang bertaburan serta
#jarum dan benang
easy peasy lemon squeezy right?
it would be perfect for headpiece, chair ties, centerpiece, clutch embellishment or
you can wear in many different ways...the possibilities are endless!

Murah, dan tidak perlu berbelanja lebih untuk merealisasikan perkahwinan idaman anda >_<



 





Friday, December 3

let it snow...

Up to snow this morning





Saturday, November 27

winter blues



Lama sudah tidak ku kirimkan berita di sini. Kehidupan semakin mencabar bila bertukar musim, di tambah pula dengan kesihatan yang kurang mengizinkan. Sudah 3 hari bertutut turut hang tuah menjadi jururawat tanpa jemu. Terima kasih kerana u sanggup bangun pukul 3 pagi buatkan i sup ayam yang sedap serta layanan yang tak berbelah bagi. Sampai kat kelas pun i boleh teringat lagi dekat u.

Hari ini dah boleh bangun dan telefon keluarga di kampung. Dah hampir tiga hari tak call rumah. Hari ni baru  sempat. Nak sambung cakap lagi dah tak larat, kepala sudah pusing, mak suruh rehat. Petang tadi dah boleh masuk dapur membantu sang suami masak pasta. Alhamdulillah dah ok sikit -__-



Gambar semalam.
Menyelusuri jalan pulang ke rumah dari universiti





























Tengok gambar macam ni pun dah boleh experience the depressive symptoms T___T



Friday, November 19

Gift

I am  far from being the righteous wife
but God knows how much I love you





sincerest feeling
Thank You Allah..



the early morning start is wonderful...

with a mug of hot choc
having a good laugh together



peaceful
quiet
calm




I feel so blessed
Praise to God!



Have a wonderful day everyone!




Monday, November 15

eid mubarak

Salam Aidiladha





Ya Allah ampunilah dosa ku..dosa suamiku...dosa kedua ibu bapa ku serta dosa mertua ku..dan sekalian umat Islam..




Wednesday, November 10

last month of islamic calender

Minggu ni tak ada masa dah nak masukkan benang dalam jarum takpun nak ukur ukur kain ke hapa semua kena letak ke tepi, kalau letak ke tengah nak membuat laluan pintas pun payah bilik penuh kain dah berangan hatta dolmat kau ni emy.

Nak menjadi seorang designer tak berapa nak pandai terpaksa membawa diri ke designer outlet yang ni memang pandai. Pantang suami sebut terus bangun siap semua pakai jacket kasut lengkap "cepat abg siap nanti tak sempat" padahal sang suami baru buka mulut aku dah siap pakai kasut..cuba la kalau pergi kelas macam tu kan berbaloi baloi *_*

Memandangkan hari ni je free sikit sebab esok dan lusa ada conference terus berbincang dan buat keputusan untuk pergi. Eh tadi sempat ke bawa berbincang? lupa..ok tak apa yang berlalu biarkan berlalu..dah sampai rumah dah pun nak menyesal tak ada guna..



kepada tuan empunya sila suka sebab yang kat topshop tu i rasa tak sesuai letak atas dulang
yang ni i belanja tapi resit i simpan mana tahu nanti u jadi pakar sakit jiwa ke hapa duit melimpah ruah masa tu boleh bayar..tak ada masalah hahahaha -___-

oklah nak kena pegi prepare untuk conference esok, tapi bukan nak prepare slides ke hapa bukan nak present paper pun haha nak pegi prepare baju memang macam ni asal ada event nak kena pergi beli suit, tiba tiba yang dulu tu semua dah mengecil winter lah katakan eh ada kaitan ke? tak ada kan..


***

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”

nota kaki: sama samalah kita menggandakan amal ibadat