Sunday, February 21

kahwin semasa belajar


kawin itu sunnah tetapi kawin awal itu terserah,
bergantung kepada keadaan,
mungkin bagus mungkin tidak


1 down 1 more to go...

selepas beberapa ketika mentukar blog layout secara sakan, layout putih tetap menjadi pujaan hati cuma mencipta header secara cepat dengan mengaplikasi kebolehan tampal dan lekat.semua orang mampu lakukan, jadi tiada apa yang mustahil. bayangkan piramid mampu di bina pada ketika tiada berteknologi, inikan pula zaman sekarang.bukanla nak suruh anda bina piramid ke apa, tak perlu itu semua, nampak tak mesej yang cuba di sampaikan hari ni.buat sampai boleh.

dah lama tak mentulis blog, tiba tiba muncul dengan ayat ayat cinta berciri motivisai..nak nasihat pun tersalah eja.ok MOTIVASI.sekarang semua kena tanam semangat untuk berjaya dengan bersungguh sungguh.

sungguh gembira dikala ini seperti jatuh cinta kali kedua, tak perlu di ungkap dengan kata kata, memang sangat gembira. sebab tak perlu lagi jeles dengan laki sendiri bila dia bolehtidomaingametengokmovie segala tapi kau ada exam.sekarang dah habis exam, bolehla bergembira buang masa cipta header sambil gulung gulung dalam duvet ke apa sama sama.

exam sehari rehat sampai dua hari.

exam haritu 4 jam satu paper.tapi dittrich kata kamu boleh buat selama mana yang kamu mahu.tak perlu hirau dengan masa kerana dia akan tetap tunggu sampai kamu rasa nak hantar.best kan.tapi takdalah sampai boleh bawa balik rumah.kalau tahu exam best sampai macam ni, hari hari nak buat exam lah..kahkahkah..

first time exam tak ada langsung perasaan berciri tension.all praise be to Allah...
 
malam nanti sambung update.sebab ada tanggungjawab perlu di laksanakan...najib dah beguling guling lapar haha =D










it has been a wonderful winter!



Monday, February 15

masa lapang jangan di bazirkan



semalam secara rasminya telah berjaya menyiapkan 'laporan makmal' secara pukal sebanyak 8 setelah hampir 2 minggu melayan setiap satu laporan secara adil dengan keringat yang mengalir dari pagi hingga ke pagi let alone air mata yang mengalir secara mengada ngada tu semua. Kalau tengok mesti rasa nak bagi pelempang. Masa senggang pegi main monopolytengokavatarsherlockholmes segala. Sedih sebab semua ni amanah kalau tak dapat buat dengan sempurna memang rasa bersalah. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga di siapkan dan terus email kepada dittrich secara laju tanpa lupa meninggalkan senyuman pada email tanda gembira.ok sekarang semua boleh bangun dan tepuk pengakap. ok sekali lagi. tak cukup kuat sekali lagi. ok sudah sudah. sekarang dah boleh mula kawad kaki dengan najib.


dari kanan cepat jalan 'harini kita nak kawad sampai mana ?'


 belum apa apa dah penat..terpaksa kawad dalam kedai kebab seround


sila bincangkan gambar di atas. lane mana agak agaknya pemain di atas bermain =D


yang ini tidak perlu di bincangkan. gaya balingan saling tak tumpah macam shalin zulkifli...(^_^)


bola itu bulat makanya tidak perlu di tiup atau apa..

setelah puas membuat pelbagai balingan, sama sama kalah. sampai sekarang tak puas hati dengan kiraan jatuhan pin. komplen kat najib cakap mesti skrin tu salah kira. tak mungkin najib dapat 51 saja saya pula up sikit 70.slalunya ratus ratus mata jatuhan pin. tak apa lepas ni pegi main dekat tempat lain pula.


sekarang kami dah nak pulang ke pangkal jalan..


 baru betul!




Thursday, February 11

thank you

i write this entry when his not around..otherwise he will keep his eye on what am i writting..nanti aku yang malu
i want to say thank you for being such a lovely and understanding husband..

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
 
abang..thank u!
*blush*



Friday, February 5

dalam hati hanya satu cinta



 



terima kasih di atas segalaanya

nikmat kesihatan

nafas kehidupan

jantung yang masih berdegup

mata yang  mampu untuk melihat

nikmat islam dan  iman yang tiada tandingan

Ya Allah..

hati ini selalu menangis

kerana sering tergoda denga nikmat duniawi

ampunilahku Ya Allah

jadikanlahku hamba yang ikhlas mencintaiMu
 
Izinkanlah daku

sentiasa dalam redha dan cintaMu..

 

jangan pernah takut walau seluruh isi dunia meninggalkanmu
kerana cinta dalam hati hanya satu
menggapai redha Allah melalui redha seorang suami




Wednesday, February 3

berupa tak payah

sebelum  blog ini bertukar menjadi blog masakan atau blog elele macam kau saja yang masak, baik mentampal gamba bukan berupa makanan atau berhenti cerita dapur belanga di sini buat seketika. Dengan itu entri sebegini akan muncul untuk menjadikan keadaan kepada suam suam kuku semula. Entri berupa 'baik tak payah' ni memang membuang masa saja baca. Jadi daripada menulis yang bukan bukan berciri kurang ilmiah baik pegi upload gamba sekarang.
 

 
tom and jerry

seperti biasa najib lebih berminat kepada makanan dari bergamba
Tengok saja reaksinya (^_^)



ivette cuba nak buat kami terpegun..malang sekali di pertengahan jalan bateri kematian

kalau dah lama sangat mak ayah bersembang anak pun buat perangai



Sunday, January 31

masih ada yang sayang

dah lama tak update blog.tiba tiba muncul dengan tajuk yang berupa tak boleh blah sambil buat muka minta pelempang eh tak tak rasa seperti mahu berhenti blogging. seperti sudah tenggelam punca. sekejap belari ke excel sekejap  belari ke blog. memang tak senang duduk. nak berdiri lenguh pula=p... 6 lab reports memanggil syahdu makanya terus pura pura bosan mahu mentulis di sini lagi. rasa mahu tulis dalam diary.setiap malam pasti tulis lepas tu letak bawah bantal..elly..elly..eh kenapa nak mengkaitkan orang lain pula .marah elly nanti. =D


di sebabkan kerja sekolah banyak minggu ni terpaksa ajak sang suami keluar ambil angin. 
macam romantik pula kalau panggil sang suami kan..KAH KAH KAH.
sang suami baru keluar dari kedai asia

kemudian
seiring kami melangkah ke kedai turki 


snap gamba sepantas mungkin malu kalau kalau ada orang nampak 
malu sebab di khuatiri orang sekeliling akan fikir apa pula..kat malaysia tak ada jual ayam daging ke


since it refuses to stop snowing here, we are making our own spring..theehee gatal! =p


snap picture sambil membagi semangat dan sokongan moral buat sang suami!
nak tolong angkat tapi tanak kasi..

tinggi
tak percaya?
tengok ni..


gigih kan?


lapar sangat perut ni dah tak menyempat nak makan
masak yang paling mudah dan cepat
terima kasih maggi!