Monday, March 22

teaser

Danke für ihrem Besuch.


lihat saja aksi pulun main pasir, pantang lepa T____T


The good life is a happy life, I do not mean if you are good you will be happy,
I mean if you are happy you will be good!



Wednesday, March 17

bola dan peti sejuk

terima kasih kepada encik suami yang tengok bola...eh eh kenapa harini pula berterima kasih pada suami sebab tengok bola. isteri apa macam ni mithali betul suami tengok bola terus ucap terima kasih (>_'<)
setelah beberapa ketika membiarkan sang suami  beraksi sebagai messi di padang eh tak tak..beraksi di depan tv..

tiba tiba..

terdengar sesuatu di dapur..

aku yang sedang sibuk di bilik sebelah, sibuk apa tak tahu cuma buat buat sibuk saja tahu (*_*)

tanpa berlengah terus berlari anak anak ke dapur sambil buat sit up lima belas kali
terkejut melihat seorang hamba allah sedang mengelap peti sejuk..
Ya Allah kenapa rajin sangat ni. rasa macam mimpi.bukankah sekejap tadi sedang semangat beraksi di depan tv tiba tiba in a blink of eyes berada di dapur mengelap peti sejuk. serius macam magic. tak boleh bayangkan.



mungkin sekarang boleh bayangkan bagaimana..
haah dapur berciri ancient sedikit, jangan kata dish washer, oven pun tak ada.
tak apa cukuplah sekadar periuk nasi 10 pot, yang sangat besar bukan...theehehe


meja sebelah kiri itu sudah di jadikan tempat menjahit..

anyway, thanx darling husband kerana mencuci peti sejuk. sumpah i tak suruh!!!dia yang insist nak buat.




it's a great feeling...


it seems that all feels right in the world..
like when you see a little finch build it's nest
or like when you wake up to fresh buds in your flower garden
or like when you see bunnies hopping around your backyard..


yayyy!!!
  my first ever handmade quilt was done in 2 days..what a history (^__-)





Tuesday, March 16

PFAFF nähmaschinen

ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi (^__-)


dah lama tak pegang mesin jahit..macam selama ni penah pegang ja

mak kata beli yang metal, plastic tak elok..
jadi apa lagi cari mesin jahit yang paling berat dalam kedai tu..haha
berciri 'sekolah lama' berat gila, =P
thanks najib sebab sanggup angkat dari hannover serta meberi sokongan isipadu padu!

the progress so far..hope to finish before going back in 2 weeks time...
okla noin nak check in dah, jangan jeles..kahkahkah

sebagai dessert penutup entri..


 comel kan


pagi sebelum ke hannover

selepas pulang dari hannover..terkejut tengok bunga kesayangan berciri layu


p/s:sambung jahit lagi.takdala hari cuti berciri bosan, malah bertambah bertambah bertambah bertambah excited..(>__<)




Sunday, March 14

kemana menghilang?

sudah lama tak merapu di blog 3-4 hari ni. 


nantikan kepulangan dengan semangat baru 

 from hannover with love,
-us-



Wednesday, March 10

bila semangat datang di bawa angin..

memang macam ni la perangai dari dulu.semua benda bila tengok nak buat.betul nak buat. beria ria sangat dah ni.simpan angan angan bila cuti nak buat 'something' buka youtube apa segala semua berciri lengkap. Baru tegok beberapa episod kat expertvillage terus berciri yakin nak order kain. nampak tak apa yang lebih kat sini?semangat atau apa? nak order kain aja yang lebih..kahkahkah..nak buang duit memang pandai cari alasan perempuan ni (^__-)


 go and cekidaut all charm packs and fabrics from moda, memang sangat meruntun jiwa
nanti mesti kena belajar sampai pandai patchwork & quilting ni
rasanya tak susah..eceyhhh..(>__'<)



haa..kan dah tak payah susah susah nak beli skirt kat anak nanti
boleh buat sendiri

contohnya nanti..
"mak, cek(saya) nak skirt la"
"tak payah beli, mak boleh buat"

kan dah macam berciri ibu mithali semua anak nak semua boleh buat..haha

kalau lepas ni tak ada lagi entri berciri patchwork or apllique or quilting, sudah jangan tanya lagi. memang takda buat lah tu.semangat kalah petir..hangat hangat chicken shit
sekejap lagi kalau semangat itu sudah di bawa pulang oleh angin..kain kemana apa kemana!


nota kuku kaki: susahla kalau semua nak love, i love u, i love sale, i love quilt..=p