Monday, October 25

München, here I come (again)


Tomorrow will be an early rise for us as we are leaving Berlin for a training (profesional project handling) in München. . We must be lucky enough to join their training as the company is one of the biggest player in Solar market specifically in solar mounting system.

We are planning to stop in Hannover since sang suami still have class tomorrow then we will head up to München until Tuesday. Semester ni tinggal lagi 2 papers, jadi eloklah diisi masa yang terluang ini sementara ada peluang dari asyik masuk keluar duvet dan masuk keluar dapur >.<


Have a nice Monday to everyone.
Nak pesan ape ape tak? -__-



Saturday, October 23

a little of this and that..


current weather..siap letak gambar, bonus di situ dah macam ramalan kaji cuaca..baru feeling sikit bila baca cuma playlist lagu saja tak letak nanti feeling lebih lebih pula, takpun terus annoying kalau bukak page ni berkumandang lagu yang volume macam kat rumah orang kenduri.
 

Sejak minggu lepas cuaca tidak menentu, kadang kadang hujan kadang kadang berangin tapi  yang pasti sejuk menusuk ke tulang itu sudah tentu. Kesihatan juga kurang menetu. Nak keluar rumah pun dah malas. Nasib baik sang suami berubah menjadi sangat rajin yang tak menetu. Dah boleh di harap pergi ke kedai tanpa perlu di beritahu apa perlu di beli. Balik balik semua lengkap macam makcik makcik balik dari pasar borong ke hapa. Boleh bayang tak? haha..

sebelum berhenti bercerita,
mari kita berkongsi makan kuih keria,
di petang yang ceria,
sambil teman sang suami tengok bola..


bahan utama, keledek di rebus + di lenyek + tepung gandum
 oren macam carrot pulak keledek ni..rasanya betul lah ni -__-


  sekarang dah boleh uli..


goreng
 

sira gula



senang kan?

insha Allah jumpa lagi di lain entri..



Sunday, October 17

inspiration can strikes at any time

teaser..


let me set the scene..
early in the morning while enjoying a cup of hot chocolate
in my so called guestroom turned craftroom
with no laptop, no music, no pencil, no paper
suddenly a fantastic quilt design decided to hit me out of nowhere



aren't they cute? they never fight haha

***

currently reading Creating Wealth by Robert G Allen
Every dollar you spend is invested in something that goes either up or down in value. Unfortunately, most people spend most of their surplus assets on the 'appearances of wealth'. These items make them look rich but in reality they become poorer each and every day...



Saturday, October 16

Durian oh durian



Mesti semua orang pun sedang bergembira memandangkan hujung minggu macam ni baru la boleh bersenang lenang di rumah sambil si suami menonton bola, si isteri pula mulut muncung sedepa HAHA. Don't be..si isteri bolehlah pergi meluangkan masa untuk diri sendiri seperti memasak, mengemas, membasuh dan mem..yang lain lain lagi. Kalau macam ni barulah boleh jadi~isteri cerdik yang solehah penyejuk mata penawar hati penajam fikiran di rumah dia isteri di jalanan kawan, di waktu kita buntu dia penunjuk jalan..ok sudah2 boleh sambung dengar kat youtube T____T

Semalam ketika bersiar siar di kedai Vinh Loi(kedai asia kegemaran), dari jauh sudah terbau sesuatu yang membuat sang suami tidak senang duduk. Berlari lari anaklah kami untuk mencari dari mana datangnya bau itu.Terus sang suami pun mencapai dan berkata, "haritu emy teringin nak makn durian kan?"



mahal jugak..ada la dalam 5 ulas


 
macam makan emas ke ape ni..HAHA



...dengan bijik bijik sekali rasa nak telan, baru rasa berbaloi 5 ulas hampir 8€..




Thursday, October 14

Late night dinner...

Celik celik mata terus rasa macam kat Tony Roma's ke ape ni. Oklah kalau macamtu, abg orderkan kiwi juice sekali yer gula taknak. EH takkan la makanan jatuh dari langit pula kan malam malam buta begini, banyak la kau punya cantik emy.


I tak buat ape ape pun cuma sempat cuci cuci muka, gosok gigi terus sambar suami kerusi duduk makan. Terima kasih lepas ni boleh buat lagi.



Dinner esok dengan kiwi juice sekali yer tapi nak beef steak pulak tau
Thanks in advance =p


Bis dann!



Tuesday, October 12

Bergolek jangan sampai tergolek..



Hari ni memang tersangatlah malas sampai macam tak boleh terima akal. Mugkin semalam dan malam malam yang lepas sudah berhempas pulas untuk siapkan project presentation. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang di rancang. 

Pagi tadi, selepas menghantar sang suami ke muka pintu, terus menghantar diri masuk ke dalam duvet. Bergolek keluar dari duvet pun hanya untuk solat dan makan. Kemudian masuk semula ke dalam duvet. Selepas beberapa ketika bergolek ke kiri dan ke kanan, baru tersedar yang masih punya masa untuk keluar dari duvet dan bertaubat.HAHAHA. Tanpa membuang masa terus keluar dari duvet secara  laju dan mengejut untuk dapatkan semula semangat rajin yang sudah hilang entah ke mana. Bila bangun mengejut sebegini terus kepala menjadi sedikit pusing. Eceyh banyak pula alasan dia jangan nak mengada.

 ***
Eh tiba tiba saja jam hampir menunjukkan waktu untuk sang suami pulang ke rumah. Terus bergolek masuk dapur memasak apa yang patut. Bunyi macam bayak sangat je yang nak masak. Padahal mask satu lauk je pun. Ini semua gara gara tak menyempat nak pergi sambut sang suami di train station. 


daging black pepper von Berlin
Aiii satu je lauk??? Gaya mak mentua tanya menantu dalam siri drama melayu Dalil Cinta..T___T


 Oklah..nak pergi bersiap lawa lawa untuk membuat kejutan pada kanda -___-


nota kaki: Kalau orang berbuat baik, kita buat baik, kalau orang buat tahi kita mohon pada Allah swt supaya di bukakan hati mereka.