Wednesday, August 25

kuih ketayap dan tribute buat bonda

Alhamdulillah mood membuat kuih muih masih di paras yang kalau di pupuk pupuk boleh membawa kepada pembukaan gerai kuih depan utem dengan kak suria balik Malaysia nanti..
berangan lebih di situ -__-
Eh mana Puan Emy ni? Tak masuk kelas ke pagi ni? Pasti para pelajar semua akan berpura pura kecewa sehingga membawa kepada kemurungan.
Busy menjual kuih pula dia ..biasa!!

Jangan bimbang, kalau mahu menjadi seorang jurutera dan suri rumah, sila daftar masuk fakulti kejuruteraan elektrik utem kerana Puan Emy bersedia membantu dengan ikhlas dan sepenuh hati. Dan lagi kalau dapat markah tinggi untuk kuiz atau apa pasti akan di bawa keluar shopping sambil meronda kota raya melaka. Seronok bukan? Apalagi jadikanlah utem universiti pilihan anda..>_'<

Ok.Berbalik kepada tajuk dan niat awal untuk berkongsi ilmu yang tak seberapa ni. Bukan apa, selagi tak habis daun pandan selagi tu anda akan di sajikan dengan resepi kuih muih berciri hijau..haha =p



 Masa kecik kecik dulu sehinggalah dah besar panjang macam ni, mak pasti akan buat kuih muih untuk minum petang. PASTI. Mak memang rajin. Jarang sangat beli.
Kalau beli pun boleh di kira dengan jari.. 
Mak memang menjadi idola dalam menguruskan rumahtangga..



Bila dah berumahtangga, baru sedar kenapa mak bising kalau potong bawang berciri salah, susun baju tak kena gaya, sidai baju lintang pukang..semuanya bersebab.


Seingat aku, seawal 8 pagi mak dah siap siap mengemas rumah, mop lantai, basuh baju, sidai baju, dan macam macam lagi..tak pernah sesaat mak biarkan rumah bersepah. 


 Semua benda mak tahu buat, dari menjahit, memasak, menghias, mengandam, 
melayan suami, mendidik anak anak, sehinggalah mengajar anak anak jiran mengaji..



she's the BEST! 




 
 Rindu mak dan ayah di kampung =__=


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita..Istighfarlah.Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya atau kata-katanya sering mengguris hati mereka tanpa kita sedari, percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

 ***



Tuesday, August 24

buah melaka

i clean like a maniac but it never seems to be done. Mengalahkan anak sepuluh. Mana taknya asyik menangkan anak tekak dengan anak mata yang lain jarang jarang menang T__T

Dah lama teringin nak makan onde onde. Ini semua gara gara menonton jalan jalan cari makan serta yang tak patut patut lagi seperti shamsul at bazar Ramadhan. Tapi dah alang alang membeli daun pandan, biar sampai menjadi buah melaka -__- 

Jadi, tanpa berlengah terus menelefon chef hasnah di taiping..

'Mak, macam mana nak buat buah melaka'

'Senang sangat guna tepung pulut ja' jawab chef hasnah bersahaja..

'Eh mak takkan senang sangat pakai tepung pulut je?' comel sangat mak ni bagi kuiz pula di situ >_'<

'La yang lain tu pandai pandai la agak..air daun pandan..gula melaka'

***

Petang tu masuk ke dapur dengan semangat pandai pandai yang telah di semai oleh chef hasnah sebentar tadi


 terlampau bersemangat pandai, daun pandan hampir bertukar menjadi bunga rampai


Patut chef kata senang, bahan bahan pun semudah abc


Ingat! Jangan banyak sangat tepung tu, secawan sudah kita bukan nak meniaga di bazar Ramadhan




mudah bukan?


taraa~
sekarang dah boleh mms gambar dekat family sebagai bukti ^^,
haha


p/s: sambal tumis daging + nasi lemak..selamat berbuka!



Ada apa dengan Hamburg?

Banyak benda mahu di kongsi tetapi masih belum mampu.Ketandusan masa.


Hehh makin panjang pulak jalan jalan kat sini, nampak sangat dah lama tak keluar sukat jalan -___-



Puasa di sini agak panjang sekitar 17-18 jam berbanding 14 jam di Malaysia, terus banyaklah aktiviti aktiviti di anjurkan oleh penganjur sang suami bagi menigisi masa lapang di samping menyambut ulangtahun perkahwinan (15 ogos yang lepas >_'<) 
Jalan jalan makan angin sebegini sangat di anjurkan oleh penganjur cuma jalan jalan masuk kedai saja boleh anjurkan sendiri sebab yang ni memang pandai. 


then decided to pay hamburg a visit..


Hamburg here i come!



second largest city in Germany



second largest port in Europe after Rotterdam



town hall









sat by the harbour and enjoying the breathtaking view


selamat berpuasa dan jangan lupa beli kosmo -___-



Saturday, August 21

Salam perantau

Salam Lebaran buat keluarga tersayang serta kenalan!



Tuesday, August 17

Merambang

Merambang tak apa tapi jangan sampai menjadi mambang. Tambah tambah pula bila ke city tak perlu membayar tambang >_'<



Bila dah habis semester baru jumpa applique pencil case yang berciri comel dan wajib beli ni..
datang dalam pelbagai bentuk T___T
laptop case, coin purse, luggage tag, passport holder, oyster card holder, wash bag, etc. etc.
comel betul~ "Jom abg kite pergi Paris"...(tiba tiba*)



cutesy plastic bow ring



Russian Doll Foam stickers


Flower print floppy



kalau berminat boleh cekidaut kat sini ..lapan belas kali masuk pun rasa macam tak mahu keluar..
lepas ni kalau pegi lagi mesti bawak juadah berbuka puasa..boleh terus berbuka dalam tu >_'< 



p/s: jaulah melihat kebesaran Allah swt..



selamat berbuka puasa!!!




Monday, August 16

qanaah...didik jiwa sentiasa beryukur



Salam ramadhan buat semua. Semoga sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah swt..lama juga tak menulis di sini, cuma mampu membuat laluan secara rambang saja sambil membaca updates rakan rakan. Yang paling rajin pegi merambang tengok jalan jalan cari makan takpun jalan jalan cari barang. Rancangan tv macam ni memang mengasyikkan tambah tambah di bulan puasa -___-


Balik malaysia tanam pisang la macam ni
Sekilo 7€ !


ikan bakar biarlah rahsia >_'<



Hari daun pisang sedunia ke hapa nie!
Bukan setakat bungkus nasi lemak, dengan pinggan pinggan aku bungkus lapik




Juadah berbuka tiada yang luar biasa. Sama seperti hari hari biasa. Kalau nak di ikutkan nafsu di bulan puasa, semua aku nak makan. Bila fikir semula, biarlah berpada pada. Qanaah.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)


Kekayaan itu ada pada sifat qanaah...