Wednesday, May 26

pantang?

Memandangkan hari ni tak perlu bangun seawal pagi ke kelas, jadi tak perlulah bangun pagi, bangun petang sudah memadai. Eh EH mana boleh macam tu, berasa sangat rugilah bukan?

Sebelum menjadi rugi hari ini, bergegas juga melepaskan diri dari sebarang bentuk tarikan. Contoh contoh tarikan seperti pantang nampak katil, pantang online dan pantang pantang yang lain lagi cuma lepas pantang saja boleh di maafkan.



benda ni pun pantang juga..bukan apa pantang nampak, 
bayangkan 1 liter boleh habis dalam masa 2 minggu, bukak kedai laundry ke ape ni?
First time terjumpa di kedai turki, rupa bentuk macam clorox
'la calidad que te..' tak ada langsung bunyi yang berciri clorox pun kan..
AHA..takpa cuba dulu



 terus guna hingga ke hari ini memang tidak mendukacitakan
sejak saat itu, saya memang pantang jumpa baju yang berciri noda..
eh macam iklan pulak T______T
 percayalah saya memang tak ada kaitan dengan syarikat clorox ni..
hehe


baju sanggup di cuci di sental setiap hari sehingga putih, tapi bagaimana pula dengan HATI?
tepuk dada tanyalah iman...
IMAN itulah yang akan membimbing kita membuat pilihan dalam kehidupan


****

 

 janganlah kerana kesibukan duniawi itu menjadi halangan kepada tujuan asal penciptaan 



off to uni~



Sunday, May 16

tukun tiruan

Punyalah busy sampai tertulis sajak mengajak anda berlumba lari..Di sebabkan tak mampu terus berlari, terpaksa kutinggalkan blog ini berlari sendiri..T___T

bila mentulis di sini, di ruang yang indah ini memukau mata, air mengalir jernih ke muara, di situlah sekolah ku tercinta semashur seindah nama..~kalau tak tahu lagu apakah ini.sila keluar sekarang.haippp!biasa dia tu.lupa diri...kesian cikgu kartini penat ajar add math..eh tiba tiba haha T____T ok sekarang dapat tak apa khidmat pesanan ringkas ni? tak dapat? dapat kan..ya tepat sekali .ingatlah jasa guru anda sempena hari guru ni..banyak jasa mereka terhadap kita sehingga berkahwin dengan rakan sekolah, sehingga mendapat yusuf..eh eh mengkaitkan awin pula..takla cuma tumpang gembira dengan rakan sekelas..dan sehingga yang lain lain lagi...
 Bila di kenangkan semula waktu waktu sebegini, especially ketika berumur seperti jagung, maksud i berumur muda sebeginilah sangat bangga kalau dapat beri hadiah pada guru. Bila malam baru merengek di saat kedai apek semua dah tutup jadi tak sempatlah nak beli hadiah. Mujurlah ibu berciri angel sanggup menumpaskan bunga di rumah. Hampir sepasu jugaklah. Mana taknya, semua pun sibuk nak bagi hadiah taknak kalah termasuklah nani dan juga noin..(>_<) 

oleh itu sempena 16 Mei ini, ku ucapkan selamat hari guru kepada guru guru seluruh malaysia terutama Cikgu Ahmad, ayah kesayangan juta juta dan Cikgu Anis, juga kakak ipar kesayangan. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian.


***


sudah lama tidak berbicara mengenai mesin jahit yang dulu sangat di sanjung sanjung, asal mentulis blog pasti bercerita mengenai dia..
sebelum mesin jahit bertukar menjadi mesin tukun tiruan atau apa, baiklah bertindak sekarang!



 

not yet finish the binding part..terpaksa pegi binding nota dulu

back side
single bed size

front side

so I say to you..sewing is my passion. 

eh eh..pn salwah jangan risau belajar pun my passion jugak..hehe




Monday, May 10

tidurlah malammu tidak panjang...



 




penat sampai tenat
seperti perlumbaan yang tiada penamat

namun aku harus pantas berlari
meskipun nafas seakan terhenti

sedang dulu
tidak pernahku lelah

duhai hati
khabarkan pada ku
mampukah aku terus berlari.......



Sunday, May 9

bila esok hari isnin...

sambil TERteman sang suami beraksi menonton chelsea kesayangan menjulang trofi segala, aku pula membuat aksi kuak lentang di atas tilam sambil menjulang notebook T__T. Aksi aksi seperti ini  hanya mampu di aplikasi pada hujung minggu. Setelah beberapa jenak menshuffle di atas tilam  tiba tiba tersedar esok hari isnin. semangat datanglah!!!! tiba tiba (>__'<)




ARGgGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH..





sawan ke apa ni.



memang sawan
kalau sem lepas bersenang lenang dengan 18credit sambil membuat taufu fah segala.
sem ni shuffle lah kau emy sampai 66 credit.
Hari hari balik kelas buat muka minta pelempang. LETIH.

di sebabkan jiwa telah di dambakan untuk belajar dan mengajar..tak perlu lah kau nak buat buat tanya atau mengeluh pada suami seeperti "bila nak habis belajar", "penatlah belajar", "penatlah dengar orang mengajar" kan best kalaus setiap minggu pun boleh pergi bercuti dengan sanak saudara seperti sambut hari ibu di lotus desaru  beach resort...JEALOUSSS..

sakan nampak cik hadi~~


amboi amboi..tak padan dengan hisap botol susu pun dah ada facebook sorang sorang..RINDU


punyalah panjang mukaddimah semata mata nak gambarkan tahap ke'jealous'an pada kaum kerabat kat johor ..eh sekali baca macam kerabat di raja johor pule..kahkahkah..berangan~~
dengan pesanan..gambar gambar berciri keseronokan berganda tu silalah simpan elok elok dalam folder. jangan di pamerkan pada adinda di sini.

rindunya nak balik malaysia for good. dah bertahun tahun duduk berjauhan dengan kesayangan kesayangan yang semuanya berperangai sangat mengujakan.


ok tamat cerita.



eh sekejap..


nah cuci mata dengan aktiviti semalam




  penyambut tetamu sedang memberi ucapan kepada hadirin yang datang



muka cousemate semua pun berciri tension..mungkin sebab esok hari isnin
pssstt..yang berbaju hijau tu bukan coursemate tapi soulmate eh eh tergatal pulak...HAHAHA
our so called party la sangat..setiap hujung minggu akan rotate rumah sape akan di terjah..
bila sampai giliran steven or amit, mula la aku dengan najib bagi usrah kat depa bila di tanya dengan soalan soalan seperti apa dan kenapa tak boleh makan atau minum..



tengok aksi yang tengah tu..kesian kan..tensionlah tu agaknya hehe..
rujuk aksi pelajar contoh berbaju belang itu, gembira bukan?
makan apa la ivette ni sampai semua module pun nak 1,0
bagus mereka mereka ini..
punyalah skema..
sampaikan aku punya tahap skema jatuh paling tak skema bila dengan mereka
hari hari pun mesti akan tanya "are u coming today".."where are you"..etcetc..

tepat pukul 12 malam semua baru terasa mengantuk dan minta diri balik rumah.


sudahlah emy, membebel je..

pergi masuk tidur sekarang!



Saturday, May 1

boleh jadi jimmy choo tak?



as i was browsing on thousands of brilliant ideas of patch and quilt tutorial, i came across this..


'cloth shoe'




this has just made my day. I'm very happy with the results..


"keep your feet on the ground and keep reaching for the stars"



do you love me?


have a great weekend everyone!



kebaikannya di syukuri, kekurangannya di redhai..

received a suprise envelope..




 siapa pula angel berciri comel mengdeliver surat tengah malam di tepi tilam ni
sungguh sweet angel tersebut..(T____T)



terharu~
T_______T





thanks dear,
no matter what
i'm here for the long run 
this journey i promise..
has just begun
and so i say to you my love, i love you
no matter what happens, no matter what we go through...
 

ur darling wife,
emy