Wednesday, October 27

seeking knowledge for future use


Belajar kerana kita mahukan ilmu itu pasti berbeza jika di bandingkan dengan belajar kerana ingin lulus periksa. Pasti berbeza bukan..no?..who's with me? Tapi itulah hakikatnya, kebanyakkan daripada kita akan berfikir sebegini...'yang penting ada degree nanti baru orang pandang'...'kelulusan yang penting kalau nak buat apa pun'..'asal ada degree sudahlah'...etcetc...most of us have been programmed to think that way. Masuk universiti, dapat degree, dapat kerja bagus, then..that's it. Full stop. Kalau tak berjaya  tak ada degree macam hina pula like the whole world looking at you and takut pada apa yang orang akan fikir. Mentaliti ini yang kita perlu ubah. Ha kau dah macam Dr Fadzilah Kamsah dah aku ni hahaha. Sekali sekala.

There's one thing I've learnt from 'Creating Wealth by Robert G Allen'..
False Assumption 1: Having a Job is good and leads ultimately to wealth.
It is commonly held in our society that finding a good job, working hard, and moving up the ladder to more responsibility will eventually take us to golden retirement years of wealth and happiness. 
I asked a young telephone receptionist in Columbus, Ohio, to tell me her idea of the most important factor in wealth acquisition. She replied, "A good job, a great job, a fantastic job." I was surprised by how often this same answer was given by those whose income is average or below. Millionaires rarely respond this way.

Jika kita baca kisah orang orang yang berjaya dan terkaya, kebanyakkan daripada mereka tidak memilik kelulusan yang tinggi. Malahan kebanyakannya dropout college.. Eh jangan salah anggap pulak, bukan nak suruh semua orang pergi berhenti belajar ke hapa, cuma kita perlu tukar mentaliti. Pelajaran yang tinggi bukanlah kayu pengukur kejayaan seseorang itu.



Eh dah macam mak nenek pulak membebel, sebenarnya nak sambung kisah di München. Here we go..


Monday, Oct 25th..

Selamat tiba di München Hbf jam 8malam. Cuaca sangat menduga jiwa..sejukkkk



Nasib baik hotel 3 minit je jalan kaki dari hbf kalau tak menangis sepanjang jalan sebab sejuk -__-
Front desk staff was friendly and helpful tak macam kat Brussels dulu..



Alas perut. lepas check in, mandi dan solat, terus keluar cari yang lebih mententeramkan perut..

Lepas mengenyangkan perut, terus bergegas pulang  ke hotel untuk mententeramkan anak mata pula. Pantang nampak bantal terus hanyut di buai mimpi. Eh rasa sekejap sangat tidur dah kena bangun. Di kejutkan dengan hp sang suami yang lagunya mendayu dayu seperti tidurlah lagi tidurlah lagi. Terlajak sedikit, nasib tak banyak.
Kalau tak balik Berlin terus lah jawabnya.


Tuesday, Oct 26th..
6.30am bergegas naik train. Perjalanan mengambil masa hampir satu jam dari city centre..



sesi ambil foto sebelum orang ramai muncul, nanti dah segan nak keluarkan kamera



muka bahagia datang awal sebab dapat duduk depan
Training yang best nanti boleh datang lagi untuk workshop yang lain pula




on the way balik Berlin





sampai sini dulu~




Monday, October 25

München, here I come (again)


Tomorrow will be an early rise for us as we are leaving Berlin for a training (profesional project handling) in München. . We must be lucky enough to join their training as the company is one of the biggest player in Solar market specifically in solar mounting system.

We are planning to stop in Hannover since sang suami still have class tomorrow then we will head up to München until Tuesday. Semester ni tinggal lagi 2 papers, jadi eloklah diisi masa yang terluang ini sementara ada peluang dari asyik masuk keluar duvet dan masuk keluar dapur >.<


Have a nice Monday to everyone.
Nak pesan ape ape tak? -__-



Saturday, October 23

a little of this and that..


current weather..siap letak gambar, bonus di situ dah macam ramalan kaji cuaca..baru feeling sikit bila baca cuma playlist lagu saja tak letak nanti feeling lebih lebih pula, takpun terus annoying kalau bukak page ni berkumandang lagu yang volume macam kat rumah orang kenduri.
 

Sejak minggu lepas cuaca tidak menentu, kadang kadang hujan kadang kadang berangin tapi  yang pasti sejuk menusuk ke tulang itu sudah tentu. Kesihatan juga kurang menetu. Nak keluar rumah pun dah malas. Nasib baik sang suami berubah menjadi sangat rajin yang tak menetu. Dah boleh di harap pergi ke kedai tanpa perlu di beritahu apa perlu di beli. Balik balik semua lengkap macam makcik makcik balik dari pasar borong ke hapa. Boleh bayang tak? haha..

sebelum berhenti bercerita,
mari kita berkongsi makan kuih keria,
di petang yang ceria,
sambil teman sang suami tengok bola..


bahan utama, keledek di rebus + di lenyek + tepung gandum
 oren macam carrot pulak keledek ni..rasanya betul lah ni -__-


  sekarang dah boleh uli..


goreng
 

sira gula



senang kan?

insha Allah jumpa lagi di lain entri..



Sunday, October 17

inspiration can strikes at any time

teaser..


let me set the scene..
early in the morning while enjoying a cup of hot chocolate
in my so called guestroom turned craftroom
with no laptop, no music, no pencil, no paper
suddenly a fantastic quilt design decided to hit me out of nowhere



aren't they cute? they never fight haha

***

currently reading Creating Wealth by Robert G Allen
Every dollar you spend is invested in something that goes either up or down in value. Unfortunately, most people spend most of their surplus assets on the 'appearances of wealth'. These items make them look rich but in reality they become poorer each and every day...



Saturday, October 16

Durian oh durian



Mesti semua orang pun sedang bergembira memandangkan hujung minggu macam ni baru la boleh bersenang lenang di rumah sambil si suami menonton bola, si isteri pula mulut muncung sedepa HAHA. Don't be..si isteri bolehlah pergi meluangkan masa untuk diri sendiri seperti memasak, mengemas, membasuh dan mem..yang lain lain lagi. Kalau macam ni barulah boleh jadi~isteri cerdik yang solehah penyejuk mata penawar hati penajam fikiran di rumah dia isteri di jalanan kawan, di waktu kita buntu dia penunjuk jalan..ok sudah2 boleh sambung dengar kat youtube T____T

Semalam ketika bersiar siar di kedai Vinh Loi(kedai asia kegemaran), dari jauh sudah terbau sesuatu yang membuat sang suami tidak senang duduk. Berlari lari anaklah kami untuk mencari dari mana datangnya bau itu.Terus sang suami pun mencapai dan berkata, "haritu emy teringin nak makn durian kan?"



mahal jugak..ada la dalam 5 ulas


 
macam makan emas ke ape ni..HAHA



...dengan bijik bijik sekali rasa nak telan, baru rasa berbaloi 5 ulas hampir 8€..




Thursday, October 14

Late night dinner...

Celik celik mata terus rasa macam kat Tony Roma's ke ape ni. Oklah kalau macamtu, abg orderkan kiwi juice sekali yer gula taknak. EH takkan la makanan jatuh dari langit pula kan malam malam buta begini, banyak la kau punya cantik emy.


I tak buat ape ape pun cuma sempat cuci cuci muka, gosok gigi terus sambar suami kerusi duduk makan. Terima kasih lepas ni boleh buat lagi.



Dinner esok dengan kiwi juice sekali yer tapi nak beef steak pulak tau
Thanks in advance =p


Bis dann!



Tuesday, October 12

Bergolek jangan sampai tergolek..



Hari ni memang tersangatlah malas sampai macam tak boleh terima akal. Mugkin semalam dan malam malam yang lepas sudah berhempas pulas untuk siapkan project presentation. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang di rancang. 

Pagi tadi, selepas menghantar sang suami ke muka pintu, terus menghantar diri masuk ke dalam duvet. Bergolek keluar dari duvet pun hanya untuk solat dan makan. Kemudian masuk semula ke dalam duvet. Selepas beberapa ketika bergolek ke kiri dan ke kanan, baru tersedar yang masih punya masa untuk keluar dari duvet dan bertaubat.HAHAHA. Tanpa membuang masa terus keluar dari duvet secara  laju dan mengejut untuk dapatkan semula semangat rajin yang sudah hilang entah ke mana. Bila bangun mengejut sebegini terus kepala menjadi sedikit pusing. Eceyh banyak pula alasan dia jangan nak mengada.

 ***
Eh tiba tiba saja jam hampir menunjukkan waktu untuk sang suami pulang ke rumah. Terus bergolek masuk dapur memasak apa yang patut. Bunyi macam bayak sangat je yang nak masak. Padahal mask satu lauk je pun. Ini semua gara gara tak menyempat nak pergi sambut sang suami di train station. 


daging black pepper von Berlin
Aiii satu je lauk??? Gaya mak mentua tanya menantu dalam siri drama melayu Dalil Cinta..T___T


 Oklah..nak pergi bersiap lawa lawa untuk membuat kejutan pada kanda -___-


nota kaki: Kalau orang berbuat baik, kita buat baik, kalau orang buat tahi kita mohon pada Allah swt supaya di bukakan hati mereka.



Saturday, October 9

letting yourself go..

 

Sometimes you may feel like you owe yourself to just letting yourself go once in a while. At least not often but occasionally maybe? Ok maybe that's not a very good advice -___-


the clock is ticking..



let's get the job done!


Have a nice weekend everyone~~



Friday, October 8

tetamu dari sheffield,..mari berseronok


Setelah pulang dari Hannover untuk berehat, terus bergegas semula ke Berlin untuk meneyelesaikan beberapa agenda yang masih belum selesai. Agenda yang paling seronok mestilah menyambut tetamu dari Sheffield. Agenda yang kurang seronok pun ada juga tapi nanti baru cerita sebab baiklah mulakan cerita dengan agenda berseronok seronok yang pasti semua pun suka. 
 
Mari mulakan dengan agenda berseronok 1, iaitu melawat sekitar Berlin. Walaupun sudah melawat berpuluh kali, tapi tetap seronok. 


Tetamu dari sheffield...Bukan yang tepi, yang tengah tu.


Alhamdulillah tetamu tak banyak kerenah, bawak melawat batu pun seronok.


Tuan rumah nak juga masuk dalam gambar sampai sanggup bersusah payah panjat batu letak camera kat tempat tinggi


 Kalau nak kuat macam ni, boleh minum HERBALIFE..


 seronok sampai tak nampak mata -___-


at chechkpoint charlie




 Entri di akhiri dengan gambar puas hati oleh tetamu. 
Datanglah Berlin untuk dapatkan cop sampai penuh satu passport


Agenda berseronok yang kedua adalah melawat Berlin designer oulet. Tetapi perlu berhenti di sini dulu untuk mengalihkan perhatian kepada project presentation iaitu agenda yang kurang seronok. Seronok juga yang ini tapi taklah seseronok mana.



Friday, October 1

Alhamdulillah, terima kasih..


Jika namanya masih lagi seorang manusia, tidak dapat tidak pasti ada sekelumit perasaan yang tidak pernah rasa cukup. Rezeki di depan mata jarang sekali untuk bersyukur, yang belum dapat di kejar kejar bagaikan hidup tiada penghujung. Pada hakikatnya, bila hati jauh dari mengingati Allah, kurang mengingati mati, dunialah yang akan beraja di jiwa. Sehinggakan kita menilai hidup ini berdasarkan kerja dunia. Berdasarkan hasil materi. Kerana untuk itukah kita hidup di dunia ini sehingga maksud hidup kita jadi kecil sangat...


Firman ALLAH S.W.T, sama samalah kita renungkan maksudnya:
Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. 
(Surah Al-Baqarah: Ayat 34)


***
Eh sebenarnya nak sampaikan pesanan daripada ayahanda dan bonda di Malaysia. Mereka sampaikan salam dan terima kasih banyak banyak sebab menjaga saya di sini T____T


 Terima kasih buat...


 Keluarga yang kau sebut saja nak makan apa, pasti ada, kalau datang pasti di sambut meriah dan ada sajalah hadiah tiba tiba daripada kanak kanak itu
Terima kasih buat abg aziz dan Kak Hasmah sekeluarga yang bawa kami pergi zoo, eh ke situ pulak -__-


Terima kasih juga buat keluarga ini yang datang saja bila bila masa tak perlu tanya lagi dah kalau nak datang,
"Nah Najib simpan kunci spare rumah ni, senang nanti kalau nak datang" sampai macam tu sekali..


Thanks kepada Krankenbruder, jururawat peribadi aka sang suami yang menjaga siang dan malam.
apa lagi yang kau nak emy, ini pun salah satu nikmat yang perlu di syukuri..oklah sampai sini dulu nanti jumpa lagi ok..