Hari ni memang tersangatlah malas sampai macam tak boleh terima akal. Mugkin semalam dan malam malam yang lepas sudah berhempas pulas untuk siapkan project presentation. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang di rancang.
Pagi tadi, selepas menghantar sang suami ke muka pintu, terus menghantar diri masuk ke dalam duvet. Bergolek keluar dari duvet pun hanya untuk solat dan makan. Kemudian masuk semula ke dalam duvet. Selepas beberapa ketika bergolek ke kiri dan ke kanan, baru tersedar yang masih punya masa untuk keluar dari duvet dan bertaubat.HAHAHA. Tanpa membuang masa terus keluar dari duvet secara laju dan mengejut untuk dapatkan semula semangat rajin yang sudah hilang entah ke mana. Bila bangun mengejut sebegini terus kepala menjadi sedikit pusing. Eceyh banyak pula alasan dia jangan nak mengada.
***
Eh tiba tiba saja jam hampir menunjukkan waktu untuk sang suami pulang ke rumah. Terus bergolek masuk dapur memasak apa yang patut. Bunyi macam bayak sangat je yang nak masak. Padahal mask satu lauk je pun. Ini semua gara gara tak menyempat nak pergi sambut sang suami di train station.
daging black pepper von Berlin
Aiii satu je lauk??? Gaya mak mentua tanya menantu dalam siri drama melayu Dalil Cinta..T___T
Oklah..nak pergi bersiap lawa lawa untuk membuat kejutan pada kanda -___-
nota kaki: Kalau orang berbuat baik, kita buat baik, kalau orang buat tahi kita mohon pada Allah swt supaya di bukakan hati mereka.
2 comments:
kak emy makin kurus..btw, nice red shoes..hahah >.<
tapi makin berat >__'<
Post a Comment