Friday, December 31

recycling and how to get your money back

This is what they call pfand in Germany or in other words deposits on plastic bottle atau bahasa susahnya ialah container plastic legislation. It was implemented in 1st Jan 2003 here in Germany.

Malaysia bila lagi?


Apa yang pengguna perlu buat?Caranya sungguh mudah


cuma perlu isikan botol botol kosong ke dalam beg 
 pastikan bawa isteri bersama supaya boleh tolong ambil gambar


Kemudian boleh membawa botol botol dan juga isteri isteri ke supermarket berhampiran kediaman. Tak perlu pergi jauh, bukan apa bimbang terbawa botol ke city pula. Susah nanti. Isteri tak susah, botol pun tak susah..suami la yang susah, bukan apa susah hati pula dia nanti. Semalam dah pergi, takkan hari ni nak pergi lagi. Cukuplah seminggu sekali.

 

this machine can normally be found at local store..
dan balingan pun di buat dengan penuh pengharapan supaya dapat pulangan yang lumayan sambil hati berbisik kamilah pencinta alam sekitar lol T_____T



nampak tak?
botol pun kelihatan bahagia kembali ke tempat asal



tekan pfand untuk dapatkan duit, tapi kalau nak buat amal jariah boleh sedekahkan saja dengan menekan butang spende eh jangan engat ke lain pulak..spende tu maksudnya derma =p




hari ni kami berhajat ingin membeli sedikit barang keperluan jadi tidaklah kami menekan butang spende
kat Malaysia apa yang kita boleh beli dengan nilai kurang dari 5 hengget?



resit tadi boleh di guna untuk membeli barang barang


kalau kat Malaysia ada sistem macam ni, inshaAllah alam sekitar akan lebih terpelihara





Selamat Tahun Baru buat semua!
gtg ada kerja yang perlu di bereskan


=))

c ya next year!!



Tuesday, December 21

you are my mirror shining back at me

Every time I look at the mirror I see them
No matter where I go what I do I bring them with me
They are my witnesses who see me at my worst and my best






I love you
I thank you




O Allah, to you I leave all matters



Monday, December 20

there is nothing easier than cooking on the grill

Kalau winter mesti lapar dan kalau lapar tu mesti winter, memang tak boleh lari dari kenyataan. lari dari makanan lagila tak boleh. Lepastu boleh pulak buat buat tanya kenapa tak berapa nak kurus. Bukan tanak diet tapi penimbang takde. Takpelah redha je dulu lepas habis winter baru pegi beli penimbang


Sekarang boleh pegi masuk dapur dulu..



ingredients:
*honey
*lemon juice
*pinch of salt
*herbs mix (my magic ingredient lol)



tengok kat facebook kak su kate sedap terus beli
kalau tak dapat nak pegi beli kat turki macam kak su,
boleh dapatkan kat kedai turki dengan harga 1euro satu paket
memang magic rempah ni, tak rugi beli dan rugi kalau tak beli




macam tak sesuai je kalau nak cakap experimenting padahal guna rempah ready made macam ni selalunya mesti sedap, tak kesah la tangan bedung ke tak inshaAllah jadi
 kalau sang suami insists nak masak pun tak perlu dah risau sebab takkan belapar


now let the grill do its job!






after 15-20 mins..




we both really loved this chicken
*Monday supper*


In Berlin, we've been having so much snow that I ended up either cooking or eating most of the time :)




Saturday, December 18

tiada kata





true fighters will never die, they live in the heart of believers


::dunia kehilangan jiwa yang hebat::




aku yang perasan!

aku memang perasan
perasan sibuk dengan hal hal dunia
banyak masa habis kerana dunia
banyak masa habis dengan bekerja
korban masa untuk akhirat bagaimana pula?
hanya sedikit yang beringat
kadang kadang terlupa
kadang kadang terus hanyut
walau masa kita belum sampai
tetapi...
kematian itu adalah PASTI!



p/s: Innaalillaahi wa inna ilaihi raaji'uun..deepest condolences to the family of Mas Afzal.
Al Fatihah ilaa ruuhi Mas Afzal Masarudin



Monday, December 6

Hijrah minda dan jiwa

sunyi senja dan hujan
duduk aku di bucu meja sambil merenung ke luar jendela
titisan titisan hujan seakan memberitahu
dunia sudah di penghujung
aku takut..

aku takut lupa diri
aku takut lupa Tuhan
aku takut jadi hamba dunia
aku takut terkejarkan perkara yang salah
moga tahun baru ini dapat mengetuk pintu hati
dan memperbaiki diri





Maha suci Allah dan segala puji bagiNya
Salam Maal Hijrah.



Sunday, December 5

diy organza flower



Tepat jam 12 malam dah tak boleh nak lelapkan mata di sebabkan banyak terlelap petang tadi. Walaupun cuaca sejuk yang teramat sangat sejak akhir akhir ni, ianya hanya di rasai pabila keluar dari rumah. Dalam rumah alhamdulillah tak perlu nak khuatir sangat sebab heater panjang besar panas dan menselesakan seperti summer pula di dalam rumah sehinggakan tidur malam perlu bertemankan kipas, nak buka tingkap bimbang snow masuk mencurah curah, terus bangun pagi boleh ajak suami buat snowman dalam rumah.


Tak perlu nak paksa diri kalau tak boleh tidur, boleh cuba paksa diri bangun basuh pinggan kat dapur sebab lepas makan malam tadi malas terlupa nak basuh. Kemudian boleh pergi buat ramai di tepi telinga suami supaya boleh ajak bersembang -___-






Sebelum membuat cubaan tidur sekali lagi, sempat membuat beberapa kuntum bunga sebagai persiapan perkahwinan tidak lama lagi. EH bukan saya yang mahu berkahwin. Buat sedikit sedikit lama lama menjadi banyak. Anda juga boleh lakukannya. Kalau belum mahu berkahwin pun boleh juga nak buat.




apa yang di perlukan seperti gambarajah di atas;
 #organza fabrics berbilang warna
#lilin berbentuk love
#manik manik yang bertaburan serta
#jarum dan benang
easy peasy lemon squeezy right?
it would be perfect for headpiece, chair ties, centerpiece, clutch embellishment or
you can wear in many different ways...the possibilities are endless!

Murah, dan tidak perlu berbelanja lebih untuk merealisasikan perkahwinan idaman anda >_<



 





Friday, December 3

let it snow...

Up to snow this morning