Sunday, December 5

diy organza flower



Tepat jam 12 malam dah tak boleh nak lelapkan mata di sebabkan banyak terlelap petang tadi. Walaupun cuaca sejuk yang teramat sangat sejak akhir akhir ni, ianya hanya di rasai pabila keluar dari rumah. Dalam rumah alhamdulillah tak perlu nak khuatir sangat sebab heater panjang besar panas dan menselesakan seperti summer pula di dalam rumah sehinggakan tidur malam perlu bertemankan kipas, nak buka tingkap bimbang snow masuk mencurah curah, terus bangun pagi boleh ajak suami buat snowman dalam rumah.


Tak perlu nak paksa diri kalau tak boleh tidur, boleh cuba paksa diri bangun basuh pinggan kat dapur sebab lepas makan malam tadi malas terlupa nak basuh. Kemudian boleh pergi buat ramai di tepi telinga suami supaya boleh ajak bersembang -___-






Sebelum membuat cubaan tidur sekali lagi, sempat membuat beberapa kuntum bunga sebagai persiapan perkahwinan tidak lama lagi. EH bukan saya yang mahu berkahwin. Buat sedikit sedikit lama lama menjadi banyak. Anda juga boleh lakukannya. Kalau belum mahu berkahwin pun boleh juga nak buat.




apa yang di perlukan seperti gambarajah di atas;
 #organza fabrics berbilang warna
#lilin berbentuk love
#manik manik yang bertaburan serta
#jarum dan benang
easy peasy lemon squeezy right?
it would be perfect for headpiece, chair ties, centerpiece, clutch embellishment or
you can wear in many different ways...the possibilities are endless!

Murah, dan tidak perlu berbelanja lebih untuk merealisasikan perkahwinan idaman anda >_<



 





5 comments:

Zu Nurain Ahmad said...

likeee <3

Nabilatul Huda said...

Ade2 aje.....Cantik...

Emy Ahmad said...

Terima kasih kak hasmah =))

Enchantedtales said...

Ade je ideanya...U r Something u know that!

Emy Ahmad said...

@kak ayu
thanx sis!!
rindu nak pegi balau~