it's been ages since I last wrote. So here I am, back at it for better or worse..
what we've been doing?hari hari pun berciri sama..
menuntut ilmu hingga ke liang lahad,
sambil si suami merakamkan detik detik manis ke sekolah..setiap hari tak ada langsung berciri bosan, balik dari sekolah pasti terus 'ngedate'..
paling koman cuci mata di karstsadt, ataupun cuci perut di kedai aiskrim tepi rumah..
macam biasa si dia juga tak mahu kalah =P
jarang berdua bila bergambar, nak guna tripod bimbang apa kata jiran nanti
berciri semangat pula dengan tripod segala..
menu semalam, nasi briyani dengan daging berciri apa kurang pasti,
cubaan membuat hiasan ala makan beradap, seperti tenggelam punca pula daun bawang tu..:)
nasi briyani gam
menu hari ini..
pulang dari kelas secara laju bergegas ke kedai turki membeli barang barang untuk makan malam. sebelum pulang terus ke rumah bertenet sebentar di kedai aiskrim..
"abang nak makan apa hari ni, just name it(eceyhhhh)"sambil menanti jawapan dengan penuh debaran
"apa apa pun tak pe"
"ok, kalau macam tu hari ni emy masak mee..ermm mee bandung ke atau mee hailam tak sure lagi yang mane" dalam hati dua dua pun kurasa sama saja..(T_____T)
"emy tahu tak mee bandung mee hailam macam mana"
"abang tahu?" aku dengan yakin bertanya semula
*sama sama gelak*
pulang ke rumah terus solat dan tido sejenak(aksi mengumpul tenaga). eh apa ni, bukan sebentar tadi semangat macam nak masak la la tu jugak ka? eh pakcik jual daging, ada dapur tak nak tumpang, sampai macam tu sekali punyala rasa nak masak..pulang saja kerumah terus tumpas bukan sejenak malah berjenak jenak..
setelah kembali ke alam nyata..
peringatan untuk semua:
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu
biarkan mereka belajar bertatih perlahan perlahan dalam meniti kehidupan berumahtangga tanpa sebarang campur tangan..always have whatever it takes attitude!
1 comment:
yang satu tu cam nasik lemuni pun ada....sedap......
Post a Comment