Wednesday, August 11

Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada barakah

 ***





Jantung berdegup kencang kulihat jam sudah hampir pukul 11 malam...patutla bedebar bukan main..terlupa nak keluarkan ayam.Di sebabkan ayam di bawah paras beku terpaksa membuat bising di dapur dengan menghentak mengetuk ketulan ketulan ais yang menjerat ayam di dalam freezer..bimbang juga kalau kalau jiran beranggapan apa pula nanti..tapi aku tekad..haha T__T



Akhinya...




ayam berjaya di tewaskan =___'=



Beginilah kehidupan bila sudah berumahtangga. semakin indah dan bermakna bila dapat sahur bersama..eceh ayat tak boleh blah >_'<
Sekarang jam menunjukkan pukul 12.38am dan masih menunggu waktu bersahur yang sesuai untuk kejutkan encik najib..


kenapa perlu bersahur? adakah semata mata tidak mahu berlapar pada siang hari?

Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat”.
(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
1. Orang yang hendak makan sahur disunatkan melambatkan berbuat demikian sehingga hampir dengan waktu subuh.

2. Jarak yang paling afdhal untuk bersahur dengan masuknya waktu subuh ialah sekadar lama bacaan lima puluh ayat al-Quran.

3. Umat Islam digalakkan bersahur kerana perbezaan antara puasa orang-orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah dengan makan sahur.

Jadi marilah sama sama kita perbetulkan niat supaya segala amalan yang kita kerjakan semata mata hanya kerana Allah swt...

Selamat Berpuasa untuk semua!!



5 comments:

Hacked by w3d0z said...

selamat bersahur emy & najib!!=)

Emy Ahmad said...

Thanks elly..selamat berpuasa!

amen said...

lauk bukak posa camana pulak, ka bukak posa kat kedai...eh jerman ada kedai nk bukak posa ka cik memmi

Emy Ahmad said...

ehh...mestila makan kat rumah..apa barang makan kat kedai -_____-

Mansur said...

suka entry nie.. :)