Wednesday, August 25

kuih ketayap dan tribute buat bonda

Alhamdulillah mood membuat kuih muih masih di paras yang kalau di pupuk pupuk boleh membawa kepada pembukaan gerai kuih depan utem dengan kak suria balik Malaysia nanti..
berangan lebih di situ -__-
Eh mana Puan Emy ni? Tak masuk kelas ke pagi ni? Pasti para pelajar semua akan berpura pura kecewa sehingga membawa kepada kemurungan.
Busy menjual kuih pula dia ..biasa!!

Jangan bimbang, kalau mahu menjadi seorang jurutera dan suri rumah, sila daftar masuk fakulti kejuruteraan elektrik utem kerana Puan Emy bersedia membantu dengan ikhlas dan sepenuh hati. Dan lagi kalau dapat markah tinggi untuk kuiz atau apa pasti akan di bawa keluar shopping sambil meronda kota raya melaka. Seronok bukan? Apalagi jadikanlah utem universiti pilihan anda..>_'<

Ok.Berbalik kepada tajuk dan niat awal untuk berkongsi ilmu yang tak seberapa ni. Bukan apa, selagi tak habis daun pandan selagi tu anda akan di sajikan dengan resepi kuih muih berciri hijau..haha =p



 Masa kecik kecik dulu sehinggalah dah besar panjang macam ni, mak pasti akan buat kuih muih untuk minum petang. PASTI. Mak memang rajin. Jarang sangat beli.
Kalau beli pun boleh di kira dengan jari.. 
Mak memang menjadi idola dalam menguruskan rumahtangga..



Bila dah berumahtangga, baru sedar kenapa mak bising kalau potong bawang berciri salah, susun baju tak kena gaya, sidai baju lintang pukang..semuanya bersebab.


Seingat aku, seawal 8 pagi mak dah siap siap mengemas rumah, mop lantai, basuh baju, sidai baju, dan macam macam lagi..tak pernah sesaat mak biarkan rumah bersepah. 


 Semua benda mak tahu buat, dari menjahit, memasak, menghias, mengandam, 
melayan suami, mendidik anak anak, sehinggalah mengajar anak anak jiran mengaji..



she's the BEST! 




 
 Rindu mak dan ayah di kampung =__=


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita..Istighfarlah.Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya atau kata-katanya sering mengguris hati mereka tanpa kita sedari, percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

 ***



6 comments:

anon suria said...

emy! akak baru tau emy attach ngan UTEM! fakulti mana ek? last week...Kino pun tipon suami akak, wife dia mintak UTEM gak. Same fakulti ngan suami akak.

Emy...boleh ker kita bukak gerai kuih? ni kena ajak kak nita join....akak tak reti buat kuih dik oi...

apa pun..kuih ketayap is ayuni's fav.

slamat berbuka..sambil pakai songkok ketayap..he he.

Emy Ahmad said...

yeayy..kalau macam tu kita boleh ajak suraya, kak nita, semualah ramai ramai team sheffield bukak gerai depan utem..haha
en saari pulak boleh buatkan kuih keria dan dodol T____T

fakulti kejuruteaan elektrik.

Abg Cu said...

gemuk encik najib nanti mkn byk & berciri sedap, hahaha..

Emy Ahmad said...

najib maintain ..... -__-

amen said...

kuih ketayap ni memang favourite amen, tapi yg juai kt kedai tk sedap, org buat pakai nyok...depa buat pakai hampas nyok...nk untung lebih kot....anyway thanks for the CD (tapi salah cd kot)....nanti emy balik mesia, amen beli pulak kat emy hihi

Emy Ahmad said...

amen, mak buat sedap kan..
emy nak baju raya untuk 5 tahun punya hahaha T__T