Dah lama teringin nak makan onde onde. Ini semua gara gara menonton jalan jalan cari makan serta yang tak patut patut lagi seperti shamsul at bazar Ramadhan. Tapi dah alang alang membeli daun pandan, biar sampai menjadi buah melaka -__-
Jadi, tanpa berlengah terus menelefon chef hasnah di taiping..
'Mak, macam mana nak buat buah melaka'
'Senang sangat guna tepung pulut ja' jawab chef hasnah bersahaja..
'Eh mak takkan senang sangat pakai tepung pulut je?' comel sangat mak ni bagi kuiz pula di situ >_'<
'La yang lain tu pandai pandai la agak..air daun pandan..gula melaka'
***
terlampau bersemangat pandai, daun pandan hampir bertukar menjadi bunga rampai
Patut chef kata senang, bahan bahan pun semudah abc
Ingat! Jangan banyak sangat tepung tu, secawan sudah kita bukan nak meniaga di bazar Ramadhan
mudah bukan?
taraa~
sekarang dah boleh mms gambar dekat family sebagai bukti ^^,
haha
p/s: sambal tumis daging + nasi lemak..selamat berbuka!
5 comments:
sedapnya kak emy..aritu ica buat x jadi..haha men slumber yaya pakai tepung lain..sebab yafai x dak tepung puulut >.<
ohh sedapnyer..hehe..kakak emy tk blk raye ke?? marila...rendang ngn ketupat mcm da byk kali miskol akak je ;p
eica yang matap sampai kek chiffon pandai buat..ni mesti lagi celah gigi T__T
su: rindunya nak makan ketupat, lemang, dan sewaktu degannnya..tolong hantar sikit kat berlin -___-
buah melaka kuih asli,
sedap rasa enak sekali
tapi kat luag tu jangan pakai nyok...emy pakai chokelat rice huhu....lagi sedap ka apa......
ni amen awat pantun macam tak sudah -___-
tapi tak pa mai cek sambung..
buah melaka kuih asli
sedap rasa enak sekali
makanan nenek tiada bergigi
rasa sekali mesti nak lagi..
jawab amen jangan tak jawab..
Post a Comment