Sunday, January 31

masih ada yang sayang

dah lama tak update blog.tiba tiba muncul dengan tajuk yang berupa tak boleh blah sambil buat muka minta pelempang eh tak tak rasa seperti mahu berhenti blogging. seperti sudah tenggelam punca. sekejap belari ke excel sekejap  belari ke blog. memang tak senang duduk. nak berdiri lenguh pula=p... 6 lab reports memanggil syahdu makanya terus pura pura bosan mahu mentulis di sini lagi. rasa mahu tulis dalam diary.setiap malam pasti tulis lepas tu letak bawah bantal..elly..elly..eh kenapa nak mengkaitkan orang lain pula .marah elly nanti. =D


di sebabkan kerja sekolah banyak minggu ni terpaksa ajak sang suami keluar ambil angin. 
macam romantik pula kalau panggil sang suami kan..KAH KAH KAH.
sang suami baru keluar dari kedai asia

kemudian
seiring kami melangkah ke kedai turki 


snap gamba sepantas mungkin malu kalau kalau ada orang nampak 
malu sebab di khuatiri orang sekeliling akan fikir apa pula..kat malaysia tak ada jual ayam daging ke


since it refuses to stop snowing here, we are making our own spring..theehee gatal! =p


snap picture sambil membagi semangat dan sokongan moral buat sang suami!
nak tolong angkat tapi tanak kasi..

tinggi
tak percaya?
tengok ni..


gigih kan?


lapar sangat perut ni dah tak menyempat nak makan
masak yang paling mudah dan cepat
terima kasih maggi!




Monday, January 25

mee udang


kalau mood rajin tu datang diri sendiri pun macam tak percaya, makanya haruslah segera kau melangkah ke dapur sebelum mood bertukar. Engat! melangkah ke dapur, kalau kau silap atur langkah masuk bilik tidur selamat la jawabnya (indirectly nak bagitahu rumah baru dah ada banyak bilik..kalau rumah lama tak bleh nak buat silap masuk, kalau rumah lama nak buat silap masuk bilik, tu maksudnya kau masuk bilik orang)
melangkah ke zara je tak mengapa di maafkan.apa tiba tiba ni. ish tak boleh biar lama lama kalau mood macam ni datang nanti boleh bawa penyakit.

"oklah pegi tukar baju kita pegi zara"

Berangan.jangan nak mengada.baik pegi masak cepat.main main pulak dia ni!

okok..semua pegi amik pen dan kertas harini kita masak mee udang



mula mula keluarkan segala benda yang ada dalam peti ais
kemudian potngkan mengikut bentuk kesukaan anda
jangan risau kalau salah potong takpa, cuba lagi!

 
lepas kau rasa semua bahan bahan macam dah lengkap bolehla panaskan kuali.
sementara nak tunggu kuali tu panas, tak perlu membuang masa depan kuali tunggu dia panas, macam pungguk tunggu bulan, atau mengadap muka suami ke apa sebab semua tu tak ada dalam resepi untuk mee udang yang akan di masak sebentar lagi
lebih baik pegi basuh pinggan mangkuk dalam sinki, atau lap meja segala

lepas habis basuh pinggan comfirm kuali dah panas
tumis segala bawang puti+merah+cili yang dah di potong tadi
tambah bahan bahan yang lain untuk melengkapkan resepi, sambil dalam kepala imagine apa lagi nak letak supaya jadi macam yang mak masak..
kalau agak agak rupa dah sama, terus rasa, kalau rasa pun seakan akan sama macam mak masak
makanya berjayalah masak seperti yang kau idamkan

senang je kan, kalau mee udang mesti kena ada mee dan udang.
bahan bahan lain tu tambah ja apa apa bagi sesedap tekak merasa
tak susah kan?


yang paling penting bila orang tanya kau jangan cakap nak masak apa, bila dah siap masak,
kau tenung tenung dulu rupanya dan baru decide nak bagi nama apa menu tu..








HAHAHA


=D
tiba tiba pulak najib macam sweet ni kenapa ni..
keluarkan chocolate
"hadiah untuk emy" katanya..
tu takpe lagi tapi bila disertakan dengan pengkorek telinga tu memang...memang..
memang..makan dalam

najib..najib..

deine grosste Liebe,
-emy-



Friday, January 22

home is the best!

di mulakan dengan bismillah dan alhamdulillah..akhirnya berjaya menyiapkan visa semalam. selama ni visa yang ada hanya valid untuk 3 bulan. Once arrived in germany, aku kena apply skali lagi. Leceh la diorang ni. Aku nak datang belajar je pun. Dah nasib jadi pendatang asing.


visa lama yang dah nak expired ahad ni


Pagi pagi lagi dah bangun. pukul 6.30pagi dah gerak dari rumah. najib siap bawak bekal selimut..haha.Kalau aku nak bawak bekal food lagi penting. tapi ikut priority masing masing la kan =D

Awal awal lagi dah kena bagun sebab member coursemate cakap kena pegi awal awal even ada yang pegi pukul 4.30 pagi pun beratur dah panjang nak rebut nombor. Kalau pegi lambat takut nombor dah habis. Banyakla petua petua yang diorang bagi kat aku, kat mana nak beratur, nak lari pi kaunter mana amik nombor, plan susun atur kaunter ikut surname semua diorang lukis bagi kat aku so that bila pintu masuk di buka takdala terpinga pinga nak amik nombor kat mana segala.

Berbalik cerita pagi tu...

ok semua dah ready?mari mula..

on the way nak pegi tempat tu, seorang perempuan tegur kami. Apa yang dia cakap dengan najib aku pun kurang pasti..ececehceh kau ni emy kurang pasti ke tak faham..iyela Robert baru ajar sampai Kapitel 5, nanti dah masuk Kapitel 10 baru boleh faham..=D

rupa rupanya hari khamis dia buka pukul 10pagi. Ya Allah awal lagi ni takkan nak tunggu jugak maka terus kami pulang semula ke rumah. Pukul 8.30 pegi lagi. Sampai ja kat situ dah ada orang beratur. Tak sepanjang yang aku bayangkan. Dalam 10-15minit beratur diorang panggil student dan EU masuk dulu.



Alhamdulillah
terus dapat nombor kat depan pintu tak perlu rebut rebut seperti yang digambarkan oleh kawan kawan
macam biasala dah dapat nombor pun kena tunggu lagi
1.30pm baru siap 4 jam jugak la kena tunggu



visa baru yang valid hingga tamat pengajian..syukur alhamdulillah


*****

hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri..baik lagi negeri sendiri..

tiba tiba aku rasa rindu keluarga.
kalau kau jadi aku pun tentu rasa yang sama..bila kau ada keluarga yang happening, sporting, gila gila segala..tak mungkin kau tak rindu mereka..

aku rindu..

1.beloved mak ayah yang sporting, best in the world!!!!!!anak manala yang tak sayang mak ayah kan?
2.responsible big brother walaupun selalu suruh buat air teh kalau balik taiping...=D tapi takpa kau mintak lah apa apa pun mesti dia bagi dari kecik sampailah dah kawen..don't mess with me..kau jangan buat hal..ni bonzer keluarga pak mat
3.kak ija yang sanggup bagi apa yang dia ada..kalau dia kaya aku rasa jusco desa tebrau pun dia bagi kat aku..
4.kak cik kaki ukur supermarket yang sporting..kalau dia balik taiping satu rumah kecoh gelak tak habis..
5.abang cu yang nampak pendiam tapi penyayang orangnya
6.nani yang selalu rindu kat aku sebab tu aku pun rindu kat kau!hang ni syurga la..trademark dia!

.mana boleh tak rindu bila kau ada keluarga besar yang happening yang kau dah 5 tahun duduk jauh dengan mereka...


ok tu ja yang aku rindu..takda orang lain dah selain dari mereka


ohoh..

lagi satu

mestila rindu noin jugak =D

p/s:hari ni nak pegi hard rock cafe beli t-shirt untuk orang orang kesayangan di atas!kalau nak pesan pun boleh juga





Monday, January 18

malam ni makan angin



sambil menyelam sambil minum air sambil tangkap ikan boley?

sambil buat assignment, sambil tengok cinta balqis, sambil update blog
kan lagi bagus kalau..
sambil kemas rumah sambil masak nasi sambil basuh baju
ya ampun isteri sapa rajin sangat ni
HAHAHA
tak mungkinn..
hari ni malas menguasai diri. 
Najib pulak balik Hannover ada exam..lagi la
kita rayaaaaa...=D

lagi sejam laki kau nak sampai baru kau terhegeh hegeh nak potong bawang, potong ayam segala..
[niat ikhlas nanti masak awal awal lauk sejuk tak sedap]
sementara waktu senggang ni baik tidur fikir apa nak masak



gile sedih cinta balqis, cepatla semue orang pegi tengok
especially tengok masa mak balqis meninggal dunia
menangis aku depan laptop ni sorang sorang
nanti najib ada malu pulak aku nak nangis feel sangat pulak diyer~

sambil tengok cinta balqis sambil cari ilham nak masak lauk apa hari ni
 any idea?




 
takkan nak buat karipap lagi..buat minum petang bolehla
malam wajib makan nasi!
oklah nak start masak dah kalau membebel kat sini sampai esok tak berasap dapur






Sunday, January 17

living in the past....

*as requested*

kehadapan teman teman ku yang berada nun jauh di seberang sana
aku harap agar kamu semua sentiasa berada dalam keadaan yang sihat
yang sedang belajar memandu pastikan pakai tali pinggang keledar, yang sedang mengajar walaupun yakin pastikan betul =p, yang dah pandai memandu nanti sila ambil aku kat KLIA bulan 3 nanti inshaAllah balik kahwin lagi..tak habis habis dengan kahwin aku ni..

macam mana nak aku mulakan tentang kisah study aku kat sini
aku sendiri pun tak pasti
 


*study*


yang aku tahu tak sebest zaman UG, mana taknya kau takkan boleh bermain main seperti dulu. Contoh main main yang kita wajib buat, kalau ada gap kelas sejam dua sempat lagi nak tabur duit sepanjang city paling cikai pun kat primark. Kalau kat sini jangan harap la gap 2-3 jam pun kau tunggu la kat uni sampai kelas seterusnya.

lagi yang aku nak cerita kat sini pasal kelas. Kelas pukul 8pagi perkara biasa kat sini. Kalau kat UK kelas mula pukul 8pagi aku rasa semua student pun buat tunjuk perasaan dah gamaknya paling koyak pun terus mogok tak pegi kelas. Bayangkan kelas satu block 1 jam. Satu module 6 credit makanya seminggu lecture 2 jam, seminar 2 jam, lab lagi 2+ jam.Assignments every week wajib ada plus lab report, presentation, ada lagi mak nenek yang lain, nak cerita pun dah penat. Lecturer ni engat aku amik 1 module je ke setiap sem. Kejam betul. Tak sempat aku nak shopping rehat.

Pasal exam pulak so far yang aku ambil tahu 1 module 4jam. Jangan kau mimpi nak buat past years paper last minute macam dulu dulu..

Ya Allah..Indah betul zaman dulu...living in the past najib kata aku ni..

itu belum masuk lagi cerita pasal journey to the class. Jauh non. Aku kena jalan, naik train, naik bas, jalan lagi baru sampai lebih kurang 30-40minit. Tengokla nanti aku beli basikal vw beetle, akan ku rempit satu Berlin.

nasib baik coursemate mesra alam gila walaupun kadang kadang rasa macam kat Mumbai, kadang kadang sampai Mexico, Taiwan pun selalu jugak.let alone from indonesia, libya, tehran, turki, nigeria dan banyak lagi...owhh tapi kan ada seorang nigerian ni grad sheffield jugak. Tak sangka boleh jumpa kat sini.






tapi mesti ada kebaikan untuk setiap kesusahan.


kau ni emy..semua nak senang susah lah!

kawan-kawan sekalian, masa sangat mencemburui kita, jadinya saya berhenti di sini dulu. Kena sambung buat kerja tido.

salam.



Tuesday, January 5

"tak sedih ke tinggalkan rumah feeling korea tu?"


noin kata rumah lama ada feeling korea..

tahun baru..rumah mesti baru..walaupun ruma sewa..tsk.tsk.penat tak habis pindah rumah 5hari lepas. Baru nak masuk 3 bulan kat berlin ni tapi barang macam dah duduk bertahun. Nasib baik pindah bangunan sebelah jer. Di sebabkan rumah baru di tingkat paling teratas dan tak ada lif harusla tema rumah menjadi "ku petik bintang" ataupun "naik tangga turun tangga".

Noin, kalau kamu nak tahu tingkat berapa rumah ni sila datang berlin bulan 2 ni saya belanja tiket flight separuh,dengan pesanan; tinggalkan luggage bawa backpack! =p



sedih juga terpaksa tinggalkan rumah feeling korea ni. hari hari terakhir di rumah lama di penuhi dengan aktiviti aktiviti mendapatkan semula deposit rumah..antaranya



apalagi kalau bukan 'cilit bang!!' =p
tipu..guna 'ariel' ja cuci dapur, peti ais dan sinki segala
serba guna betul sabun basuh baju ni..maafla sebab sabun tu ja yang tinggal



shower dan toilet benda yang paling tak boleh compromise. First time masuk rumah ni bersih, jadi kenalah bersihkan. Aku tak boleh tengok kalau benda kotor atau bersepah atau tak teratur sebab nanti tiba tiba boleh xda mood dan terus pegi tido =p memang pandai cari alasan!

tak boleh duduk diam selagi tak puas hati dengan kebersihan sekeliling ,kawasan angkat  dan sewaktu dengannya.. sampai sendiri penat baru boleh stop. pelik dengan perangai sendiri. Contoh pelik yang kadang kadang tak masuk akal; kalau hang baju dalam almari, hanger wajib sama warna. kalau x sama sanggup pegi beli kaler sama, kaler lain tu simpan @sedekah kat sapa sapa...astaghfirullah habiskan duit mmg panadai
....dan lagi kalau jemur baju, seluar mesti sama baris baru di ikuti dengan baju dan seterusnya..tak boleh terima prinsip jemur baju tunggang langgang asal kering..lipat baju pun macam tu mesti sama besar..dan susun ikut kaler..tak tahu la ni penyakit ke ape kurang pasti..

hakikatnya tak kesah penat yang penting mata tak sakit.

itula antara perangai yang aku pun penat dengan diri sendiri..tapi nak buat macam mana..dah 'dalam darah' =p

okla..nak tido sekejap..nanti kalau ada mood tulis lagi...




noin sila terharu sebab k.emy rajinkan diri menulis entry-entry ni khas untuk tatapan kamu!

all the best for ur exam
luv,
kak emy