Tuesday, January 5

"tak sedih ke tinggalkan rumah feeling korea tu?"


noin kata rumah lama ada feeling korea..

tahun baru..rumah mesti baru..walaupun ruma sewa..tsk.tsk.penat tak habis pindah rumah 5hari lepas. Baru nak masuk 3 bulan kat berlin ni tapi barang macam dah duduk bertahun. Nasib baik pindah bangunan sebelah jer. Di sebabkan rumah baru di tingkat paling teratas dan tak ada lif harusla tema rumah menjadi "ku petik bintang" ataupun "naik tangga turun tangga".

Noin, kalau kamu nak tahu tingkat berapa rumah ni sila datang berlin bulan 2 ni saya belanja tiket flight separuh,dengan pesanan; tinggalkan luggage bawa backpack! =p



sedih juga terpaksa tinggalkan rumah feeling korea ni. hari hari terakhir di rumah lama di penuhi dengan aktiviti aktiviti mendapatkan semula deposit rumah..antaranya



apalagi kalau bukan 'cilit bang!!' =p
tipu..guna 'ariel' ja cuci dapur, peti ais dan sinki segala
serba guna betul sabun basuh baju ni..maafla sebab sabun tu ja yang tinggal



shower dan toilet benda yang paling tak boleh compromise. First time masuk rumah ni bersih, jadi kenalah bersihkan. Aku tak boleh tengok kalau benda kotor atau bersepah atau tak teratur sebab nanti tiba tiba boleh xda mood dan terus pegi tido =p memang pandai cari alasan!

tak boleh duduk diam selagi tak puas hati dengan kebersihan sekeliling ,kawasan angkat  dan sewaktu dengannya.. sampai sendiri penat baru boleh stop. pelik dengan perangai sendiri. Contoh pelik yang kadang kadang tak masuk akal; kalau hang baju dalam almari, hanger wajib sama warna. kalau x sama sanggup pegi beli kaler sama, kaler lain tu simpan @sedekah kat sapa sapa...astaghfirullah habiskan duit mmg panadai
....dan lagi kalau jemur baju, seluar mesti sama baris baru di ikuti dengan baju dan seterusnya..tak boleh terima prinsip jemur baju tunggang langgang asal kering..lipat baju pun macam tu mesti sama besar..dan susun ikut kaler..tak tahu la ni penyakit ke ape kurang pasti..

hakikatnya tak kesah penat yang penting mata tak sakit.

itula antara perangai yang aku pun penat dengan diri sendiri..tapi nak buat macam mana..dah 'dalam darah' =p

okla..nak tido sekejap..nanti kalau ada mood tulis lagi...




noin sila terharu sebab k.emy rajinkan diri menulis entry-entry ni khas untuk tatapan kamu!

all the best for ur exam
luv,
kak emy




2 comments:

Zu Nurain Ahmad said...

tak boleh belah betul basuh toilet pakai crocs >.<'
dahla byk button2 diye!
saye punye crocs ade tige je button,ciss.

berapa kali dah ulang pergi designer outlet tu?

Emy Ahmad said...

pegi outlet ulang alik mcm pegi kelas..

hehe...=p